Separuh aku ingin tatap wajah mu di saat mataku tertutup dan terbuka keesokan pagi,
Separuh aku mahukan kamu sentiasa di sisi,
Separuh aku adanya kamu saban hari.
Jiwa aku merintih,
Pengakhiran apa yang kamu mahukan untuk kita?
Kebahagiaan apa yang kamu pandang untuk kita?
Usaha apa yang kamu terokai demi kita?
Apa kamu mahu mencintai tapi bukan memiliki?
Apa kamu sanggup hidup tanpa aku di sisi?
Apa kamu rela melepaskan aku pergi?
Aku bahagia,
atau mungkin terlalu bahagia,
Akhirnye kita punya rasa yang sama,
Tapi izinkan aku bertanya,
Kenapa kita harapkan pengakhiran yang berbeza?
'Just go with the flow and whatever happens, happens'
Dan andai ini jalan yang kamu mahu,
akan kubiarkan jiwa ini terus mati di situ,
Aku terlalu biasa biarkan hatiku terluka demi kamu.
Sent from: Lenovo S650
No comments:
Post a Comment