Apakah potassium?
Potassium merupakan bahan mineral yang diperlukan untuk jantung, otot dan saraf untuk berfungsi dengan sempurna. Bahan mineral yang disebut kalium, bagi orang kampung senangnye kandungan gula. Ade banyak sumber pemakanan yang mengandungi potassium yang tinggi, cnthnye pisang, durian, ubi2 DLL.
---------------------------------------
Fungsi buah pinggang
Fungsi utama buah pinggang atau ginjal adalah untuk menyingkirkan sisa mineral dari darah dan air berlebihan yang ade dalam tubuh badan kite.
-----------------------------------------
Hemodialisis
Hemodialisis atau cuci darah adelah rawatan di mane pesakit menggunakan buah pinggang palsu yang disambungkan pada mesin dialisis untuk mencuci darah dan membuang lebihan air dalam badan.
-----------------------------------------
Potassium vs kerosakan buah pinggang
Oleh kerana potassium ditapis oleh buah pinggang, kadar potassium akan berkumpul apabila buah pinggang tidak berfungsi dengan betul menyebabkan kadar potassium darah tinggi.
-----------------------------------------
Pengalaman pesakit hemodialisis (HD)
My mom admitted ahad baru2 ni. Citenye bermula bile my mom asyik la makan durian aje tiap2 hari. Mentang2 musim durian kan. Jadual HD untuk my mom adelah tiap ahad, selasa, dan khamis. Durian punya kandungan potassium yang tinggi. Potassium yang tinggi bile tak dapat dikeluarkan, akan terus naek ke jantung. Tau kan jantung mengepam darah? Pagi ahad tu, my mom pengsan disebabkan denyutan nadi makin lemah.
Bile dimasukkan dalam wad kecemasan spital dungun, my mom dimasukkan 3jenis ubat yg dicampur skali, bhase pasarnye 'koktail'. Xtau macam mane proses koktail ni. Mgkin terus gabung dalam 1picagari, maaf saye xbrape pasti. Xtau juga ape kandungan ubat2 tu tapi fungsinye adelah menarik keluar potassium daripada jantung. N my mom cakap sangat sakit.
Ahad malam, my mom kene transfer ke spital tganu yang saye tak tahu kenape sebab bile masalah kadar potassium darah tinggi, ubatnye hanye HD tapi sebab my mom lemah lagi time tu, so HD terpaksa tangguh. Saye hanye tunggu di spital dungun. Ayah saye follow smpai spital tganu.
Esok pagi (isnin) sye baru gerak ke spital tganu. EL 2hari untuk jage my mom. Mase saye sampai tu my mom tengah cuci darah. Normal 4jam la skali HD tu.
Setel, esknye (selase) da blh discharged. As simple as that tapi menurut doktor, kalu my mom lambat di rawat ade kemgkinan jantung terus berhenti. Nauzubillah...
Sumber: google dan pemerhatian
Info mgkin xtepat sepenuhye
*gigih saye taip wlaupun gune jari telunjuk je ^_^
Sent from: Lenovo S650