Friday, 20 May 2016

AKU PERNAH

Aku pernah.
Aku pernah hancur kerana terlalu percaya.
Aku juga pernah patah kerana memilih orang yang salah.
Aku pernah terkubur dalam-dalam dalam hati seseorang yang aku selami dengan niat untuk aku bisa mengerti..
Aku pernah memutuskan berjuang untuk hati yang memperjuangkan orang lain.
Aku pernah tercerai berai ketika kasih ku tak sampai.
Aku pernah tertusuk kepingan hatiku sendiri yang retak ketika sedang berusaha menyusun lalu kau datang lagi.
Aku pernah jatuh kerana cuba beri kesempatan pada hati.
Aku pernah ditinggalkan kerana menunggu.
Aku juga pernah dihakimi kerana melindungi.
Aku pernah ditinggal pergi kerana tak cukup memberi.
Aku pernah ditikam kerana terlalu jujur pada hati sendiri.
Aku pernah disalahkan kerana bicara yang sejujurnya.
Aku pernah disuruh menunggu ketika dia sedang menunggu orang lain.
Aku pernah..
Aku pernah seperti itu..
Sehancur itu aku pernah bangkit hanya untuk dihancurkan kembali.
Aku hanya ingin kau tahu aku pernah sehancur itu. Jika kau yang kupilih sekarang juga hendak menghancurkanku, tidak mengapa ; aku rela sudah sepenuh hati aku siap.
Hatiku mahu kau genggam kuat-kuat hingga tercerai-berai atau kau simpan sebagai kenang-kenangan, aku tak peduli.
Namun, selama kau masih bersamaku, mahukah kau berada disampingku lebih lama?
Seperti yang kau tahu, sehancur-hancurnya hatiku, kehadiranmu selalu bisa menyembuhkan ku..bisa membuatku tertawa tatkala air jernih panas mengalir membasahi pipi..
Kerana kau istimewa tersimpan dalam doa...
You are the one😫
credit to: fb Permaisuri Hatiku




p/s: you are the one i love

Friday, 13 May 2016

DON'T MARRY & RELATIONSHIP

Don't marry for sex,
Don't marry because you are of age,
Don't marry because you need someone to support you financially,
Don't marry because you mistakenly got pregnant,
Don't marry because of family pressures,
Don't marry because you like the idea of marriage and admire every wedding gown you see,
Don't marry because all your friends are getting married

But get married because you are in love,
Get married because he/she is your bestfriend,
And when that love is no more,
He/she can still make you smile.

'John Dumelo'

Don't marry because you afraid of losing,
Don't marry because of sympathy,
Dont marry because you want a complete sweet little family,
Don't marry because of commitment,
Don't marry because you see a child of your married friends and hope little chaliphs of yours too.

But get married because you will fall in love again and again in everything he do,
Get married because he made your day,
Get married because you can smile from ear to ear just remembering him,
Get married because you are better when you are with him,
Get married because he can guide you to jannah.

'Azrina Ahmad'

Suatu relationship bukan hanya termaktub pada fasa cinta asyik maksyuk. Bukan hanya bersandar pada physical contact. Bukan hanya bersadur gula, madu, aspartame dan saccharine yang manis2. Bukan hanya kerana suka yang datang dari mata lalu turun ke hati. Bukan kerana hantaran bunga2 dan teddy bear kepada dara daripada si lelaki.
Teras kepada suatu relationship tu sebenarnya lebih dalam daripada kata2 yang boleh diluahkan di lidah. Sesuatu yang dikongsi. Relationship itu suatu perkongsian. Perkongsian by all sense of the word. Dan apa yang dikongsi bersama sepanjang tempoh perkenalan, memang bukan sesuatu yang boleh dijelaskan dengan kata2 mudah.

'Hlovate'


Sent from: Lenovo S650

Sunday, 8 May 2016

JUST GO WITH THE FLOW AND WHATEVER HAPPENS, HAPPENS

Mase mula2 aku terbace status ni, aku rase marah. Sebab aku asyik terpikir nape mesti menyerah? Xde rase ker nk fight for us? For me? Aku bukan tolak ketentuan tapi usaha itu perlu kan?

But now, ayat ni dh jd semacam kekuatan untuk aku. Ingat senang nak hadap sume ni? Aku xtau la ape yang buatkan aku kuat untuk teruskan..

Eventhough the blame's on you, i'll take that blame from you. And you can put that blame me...
Mgkin ini satu2nye sebab

Sent from: Lenovo S650

Thursday, 5 May 2016

IT'S ALRIGHT, THIS IS LOVE

Tatkala angin bertiup,
Biarlah ia datang dan pergi sesuka hatinya.

Tatkala rindu bertandang,
Biarlah ia datang dan pergi sesuka hatinya.

Keperitan akan tiba,
Ia akan berlegar sementara,
Ia akan terus berlegar,
Dan kemudiannya pergi.....

Sent from: Lenovo S650

Tuesday, 3 May 2016

KECEWA AKU BERGANDA

Kecewa,
Bila kamu mengambil masa yang lama untuk meluahkan,
Bila aku mengambil masa yang lama untuk mengetahui,
Bila kita tiada usaha untuk terus bersama.

Aku kecewa,
Bila kamu diam tanpa bahasa,
Bila kamu kenalkan aku pada lainnya,
Bila kamu biarkan aku bingung tak terkata.

Aku ini siapa pada kamu?
Sepenting mana aku?
Sekuat mana cinta kamu?

Aku terus bingung dan kecewa

Kamu yang kecewa kerana aku.
Aku kecewa berganda kerana kamu dan aku.


Sent from: Lenovo S650

Sunday, 1 May 2016

SEPARUH AKU

separuh aku mengharapkan kamu yang memimpin tanganku pergi,
Separuh aku ingin tatap wajah mu di saat mataku tertutup dan terbuka keesokan pagi,
Separuh aku mahukan kamu sentiasa di sisi,
Separuh aku adanya kamu saban hari.

Jiwa aku merintih,
Pengakhiran apa yang kamu mahukan untuk kita?
Kebahagiaan apa yang kamu pandang untuk kita?
Usaha apa yang kamu terokai demi kita?

Apa kamu mahu mencintai tapi bukan memiliki?
Apa kamu sanggup hidup tanpa aku di sisi?
Apa kamu rela melepaskan aku pergi?

Aku bahagia,
atau mungkin terlalu bahagia,
Akhirnye kita punya rasa yang sama,
Tapi izinkan aku bertanya,
Kenapa kita harapkan pengakhiran yang berbeza?

'Just go with the flow and whatever happens, happens'

Dan andai ini jalan yang kamu mahu,
akan kubiarkan jiwa ini terus mati di situ,
Aku terlalu biasa biarkan hatiku terluka demi kamu.

Sent from: Lenovo S650