Thursday, 27 August 2015

BAHAYA POTASSIUM PADA PESAKIT HEMODIALISIS

Apakah potassium?

Potassium merupakan bahan mineral yang diperlukan untuk jantung, otot dan saraf untuk berfungsi dengan sempurna. Bahan mineral yang disebut kalium, bagi orang  kampung senangnye kandungan gula. Ade banyak sumber pemakanan yang mengandungi potassium yang tinggi, cnthnye pisang, durian, ubi2 DLL.

---------------------------------------

Fungsi buah pinggang

Fungsi utama buah pinggang atau ginjal adalah untuk menyingkirkan sisa mineral dari darah dan air berlebihan yang ade dalam tubuh badan kite.

-----------------------------------------

Hemodialisis

Hemodialisis atau cuci darah adelah rawatan di mane pesakit menggunakan buah pinggang palsu yang disambungkan pada mesin dialisis untuk mencuci darah dan membuang lebihan air dalam badan.

-----------------------------------------

Potassium vs kerosakan buah pinggang

Oleh kerana potassium ditapis oleh buah pinggang, kadar potassium akan berkumpul apabila buah pinggang tidak berfungsi dengan betul menyebabkan kadar potassium darah tinggi.

-----------------------------------------

Pengalaman pesakit hemodialisis (HD)

My mom admitted ahad baru2 ni. Citenye bermula bile my mom asyik la makan durian aje tiap2 hari. Mentang2 musim durian kan. Jadual HD untuk my mom adelah tiap ahad, selasa, dan khamis. Durian punya kandungan potassium yang tinggi. Potassium yang tinggi bile tak dapat dikeluarkan, akan terus naek ke jantung. Tau kan jantung mengepam darah? Pagi ahad tu, my mom pengsan disebabkan denyutan nadi makin lemah.

Bile dimasukkan dalam wad kecemasan spital dungun, my mom dimasukkan 3jenis ubat yg dicampur skali, bhase pasarnye 'koktail'. Xtau macam mane proses koktail ni. Mgkin terus gabung dalam 1picagari, maaf saye xbrape pasti. Xtau juga ape kandungan ubat2 tu tapi fungsinye adelah menarik keluar potassium daripada jantung. N my mom cakap sangat sakit.

Ahad malam, my mom kene transfer ke spital tganu yang saye tak tahu kenape sebab bile masalah kadar potassium darah tinggi, ubatnye hanye HD tapi sebab my mom lemah lagi time tu, so HD terpaksa tangguh. Saye hanye tunggu di spital dungun. Ayah saye follow smpai spital tganu.

Esok pagi (isnin) sye baru gerak ke spital tganu. EL 2hari untuk jage my mom. Mase saye sampai tu my mom tengah cuci darah. Normal 4jam la skali HD tu.

Setel, esknye (selase) da blh discharged. As simple as that tapi menurut doktor, kalu my mom lambat di rawat ade kemgkinan jantung terus berhenti. Nauzubillah...


Sumber: google dan pemerhatian
Info mgkin xtepat sepenuhye

*gigih saye taip wlaupun gune jari telunjuk je ^_^


Sent from: Lenovo S650

'PENGABAIAN' DAN 'PERSAINGAN' ADALAH BERKAITAN

My exbie pernah bagitau, saye seorang yang suke mengabaikan sesuatu yang penting, atau sesuatu yang smell fishy, atau sesuatu yang saye senarnye sangat2 nak tahu tapi saye pilih untuk diam dan abaikan... Die ade psikik atau die memang teliti orangnye ke macam mane saye tak tahu. Tapi sebetulnye begitu la personaliti saye.

Saye manusia yang tak suke bersaing senarnye. Saye suke berada dalam zon selesa, berada dalam duniawi saye sendiri. Saye penah tolak untuk apply kemasukan mrsm mase darjah 6 dulu smate2 tak suke bersaing. Saye tak suke mengejar dan mempertahankan. Fight for it?

Fight for it hanya terjadi bile saye letakkan target dan sye cube kejar target tuh. Bersaing ker?

----------------------------------------------
Throwback GCAP




*yang bertanda adalah personaliti saye.
*pic kabur tangan gegel.

Saye termasuk dalam golongan dove yang mane perhubungan itu sangat penting pada saye, nak go tru bersama2, mudah kesian kt orang, slalu bagi laluan kt orang, tak reti nak menyerlah. Baek2 je nampak kan
----------------------------------------------

Dan macam mane 'pengabaian' dan 'persaingan' tu berkaitan?

Bile saye tahu saye ade persaing, terus saye diam dan abaikan... Bagi laluan la katekan -_-
Sebab paling nyata, bile saye amik tahu, hati saye akan lebih sakit dan makin memendam. Heh pendam kan bahaya. Mungkin itu yang my exbie xpenah tahu dan faham...


21/08/15  23:42
~Like I'm gonna lose you~
Meghan trainor ft john legend
   
Sent from: Lenovo S650 (edit from desktop sebab saye masih fail upload pic bile update blog gune fon. sekian!)










Monday, 17 August 2015

KEMAAFAN

Mereka kate, memaafkan mampu menenangkan hati kite. Tapi knape hati saye berat untuk memaafkan?

Mereka juga kate, memaafkan bukan bermaksud melupakan tetapi bagaikan melepaskan ape yang terbeban dalam hati. Tapi knape hati saye tak mahu menerima?

Mereka kate lagi, jika kite masih mengingati bermakna kite masih lagi menyayangi. Tapi knape hanya kebencian yang saye nampak?

Bak kate mereka, jangan terlalu membenci nanti akan jatuh sayang. Tapi knape saye slalu berharap ketidakbahagiaannye sampai mati?

-----------------------------------------
"Dan sekiranya Allah menyiksa manusia disebabkan perbuatan (dosa) mereka, nescaya Dia tidak akan meninggalkan di atas permukaan bumi suatu makhluk yang melatapun, akan tetapi Allah menangguhkan (penyiksaan) mereka sampai waktu yang tertentu; maka apabila datang ajal mereka, maka sesungguhnya Allah adalah maha melihat (keadaan) hamba-hambanya" (QS Faathir:45)

"Sesungguhnya Allah maha pemaaf dan maha pengampun" (QS an-nisaa':43)


Ya Allah, jangan gelapkan hatiku ke arah kebaikan -_-

#janganidlesangatpikirantuRin

   
Sent from: Lenovo S650

Thursday, 6 August 2015

SEMINGGU SEBAGAI PEKERJA

setelah ditimbangtara baekburuk segalanye, akhirnye aku trime offer keje dari company lame aku. Seminggu dah pun start keje yang kalu ikutkan xde la keje mane. Banyak tolong2 keje orang N update sikit2 keje sendiri.

Keje same je macam sebelum ni. Mgkin bertambah sikit sebab bertukar jawatan. Technical clerk cum DC tapi gaji kurang dari dulu...kahkahkah!!
Ok senarnye satu ni je aku terkesan. Tapi disebabkan banyakkkkk faktor lain yang lagi elok berbanding tempat lain makanye aku trime seadanya...

Kenape?

1. Sini xde puak2. Kalu ade pun keberlagakan superior pada subordinate. Tapi tak ketara dan tak smpai tahap annoying. Sedangkan aku tak sempurna...apelah sangat nak arapkan kesempurnaan orang lain.

2. Bos2 sangat memahami, boleh dibawa berbincang, bergurau, tidak berkira, ber-apa lagi yang menunjukkan mereka bos2 yang baek.

3. Tugasan kerja yang aku minat.

---------------------------------------------------

Walaupun begitu, taraf idup aku di kL if sesi berjalan2 tiada dalam senarai sangatla rendah berbanding taraf idup aku di sini.

Aku anggap keje aku di sini sebagai chekpoint sementara aku dapat keje yang aku betul nak ataupun sementara aku belum ade komitmen a.k.a ikut suami...wow!! Incase laki memang keje or org sini, tak ke mane la jawabnye.

Pun begitu, aku dah tolak 1 interview pegawai tadbir area KL baru2 ni... Dah dpt interview keje yang memang nak pegi reject pulak!! Haila


Sent from: Lenovo S650