Saturday, 14 April 2018

TERAPI

Window shopping ni memang 1 terapi org kabo. Tapi kalu 3 mall skali harung boleh patah kaki oii. Aku pun tak tahu la motif ape masuk kedai kuar kedai tak beli pape. Tengok2, belek2, letak balik barang, senyum paling manis untuk salesgirl pastu chow..

Seronok kan jalan sesorg camtu.
Xyah nk pikir ape orang rase
Dah penah buat sblm ni, terbiase la
Mane tau bergune untuk mase depan
Boleh la cepat2 biasekan diri yer dak
Xde la pikir perlu berteman ke ape

Tapi hakikatnye sekarang pun,
aku memang sendirian dalam segala hal.

Happy me :)

Sent from my Huawei Mobile

Friday, 23 March 2018

PLAN MAC & APRIL

Dalam aku tak sedar, rupenye pack jugak jadual wekend akhir bulan mac hingga hujung april.

Nak g pulau kapas, marang daytrip
Nak g hiking bukit kluang, besut
Nak g genting highland

Tu la duk plan je banyak2. Pantang orang ajak. Orang tak ajak pun, aku yang sibuk mengajak. Partner in the crime pulak berbeza-beza.

Haih kene start manage ni. Tu tak termasuk edisi bermalam di kuantan. Yeah camne pun perasaan sekarang. Tanggungjawab kene pk jugak walaupun banyak terabai

Yang pasti jugak dalam setiap plan ni, xde perlibatan suami. Arghhh teruk sangat perangai sekarang ni.

Petang ni kite tawan bukit bauk dulu if tak hujan. Yang lain kite tengok camne


Sent from my Huawei Mobile

Saturday, 17 March 2018

SEBULAN DI ALAM PERKAHWINAN

1. Last jupe kire2 dua minggu lepas
2. Last contact, ahad lepas. Itu pun 1min 3sec
3. Nafkah dlm sebulan ni dapat rm30

Org2 bertanye,
Best kawen? BEST
die col tak? COL
die bg nafkah tak? BAGI
Happy tak? HAPPY

Datang bile nak, blah biar dah tak diperlukan...

HEARTLESS & LIVING

Btw ubat tido boleh gamble beli kat farmasi x?
Dalam lazada & shopee aku duk usha natang tu je

Pape pun jgn sampai gile sudah :D


Sent from my Huawei Mobile

Wednesday, 7 March 2018

MARI LARIKAN DIRI

Wekend ni aku ade escape plan. Tapi still dalam negeri sendiri. Hotel pun tempah. Macam kelakar lak 'tempah'. Booked!!

Tapi sebenarnye aku masih berkire2. Sejak otak tak boleh tune dengan betul ni, abis sume bende nak langgar.

Tengok la camne jadi wekend ni. Kalu jadi, anggap la tu 'me time' aku. Alone at hotel... Amboiii orang ada ada sangat

Sent from my Huawei Mobile

Wednesday, 31 January 2018

TAK SIHAT

Salam bersiaran dari klinik syed badaruddin. Ramai pulak orang menunggu. Tapi kalu bukan sebab kesihatan takkan semua sanggup jadi penunggu di klinik ni? Aku tengah berkire2 juge mahu terus menunggu ataupun blah cari klinik lain. Bimbang klinik lain pun same ramai je yang menunggu. Tapi lagi bimbang kerja aku banyak tertangguh. Assistant pulak cuti

Sebelum ni, aku pergi ke klinik lain. Malangnya doktor cuti pulak. Dahtu klinik open untuk ape? Kalu aku nak ubat je, aku pergi farmasi. Marah pulak ttbe...mmmm

Aku rase aku dah tahap stress sekarang. Sakit kepala je manjang nih nape agaknya. Itu la... Kadang2 jiwa ni bukan sihat sangat.

Sent from my Huawei Mobile

Friday, 12 January 2018

LIFE AT 30's

Salam bersiaran dari dobi layan diri bawah gym tempat aku kerja partime. Ganu hujan weh sampaikan xde tempat nak jemur kain.

Ini mungkin kali terakhir aku menaip di sini. Entah ape masalah blog ni aku tak tahu la. Aku hanya boleh up entry via emel. Blog ni bagaikan tak wujud. Tiada dalam carian google.

Aku tiada ape mahu dikata. Aku cume harapkan hidup aku start 30 ni atau dengan kate lain hidup dalam terpaksa menerima keluarga lain tidak terlalu memberi impak negatif pada aku.

Aku boleh tunjuk pada dunia yang aku sedang menjalani kehidupan yang harmoni. Maka tidak perlu aku terus terperinci. Biar la ape yang orang nampak. Biarkan sahaja semuanye.

Bile difikirkan hidup ini bukan lama. Entah2 esk lusa dah tiada. Untuk ape la nak meroyan sangat pasal hidup. Berserah sudah la. Yang di sane pun belum tentu bahagia. Maka usahakan la

Cerita pasal ape tah ni. D end

Sent from my Huawei Mobile