Tuesday, 3 May 2016

KECEWA AKU BERGANDA

Kecewa,
Bila kamu mengambil masa yang lama untuk meluahkan,
Bila aku mengambil masa yang lama untuk mengetahui,
Bila kita tiada usaha untuk terus bersama.

Aku kecewa,
Bila kamu diam tanpa bahasa,
Bila kamu kenalkan aku pada lainnya,
Bila kamu biarkan aku bingung tak terkata.

Aku ini siapa pada kamu?
Sepenting mana aku?
Sekuat mana cinta kamu?

Aku terus bingung dan kecewa

Kamu yang kecewa kerana aku.
Aku kecewa berganda kerana kamu dan aku.


Sent from: Lenovo S650

No comments:

Post a Comment