Saturday, 11 June 2016

BERUBAH

aku dah lame nak cite pasal bende nih. tapi bese la kekangan manjang kan. tapi kalu hati tu tengah gundah gelana laju pulak aku up entry baru..kahkahkah


credit to FB (lupe page ape)

aku manusia yang tak suke berubah sebab seseorang. so bile aku jenis yang camtu, aku pun tak suke orang berubah sebab aku. erti kate lain aku tak penah dan tak kan suruh orang lain berubah itu ini hanya untuk bagi nampak sempurna di mata aku. mungkin ade kalu aku nasihat sikit2, tapi untuk berubah atau tak, aku serahkan pada die sendiri. aku pun bukan jenis yang terus bangkang bile orang tegur sesetengah perangai aku yang die tak berkenan. sama ade aku teruskan terime perangai die yang sedia ade. atau aku jauhkan diri dari terus ngadap perangai die. pada aku yang mgkin tak boleh bertoleransi dengan perangai seseorang, belum tentu orang lain pun gitu. maksudnye mungkin ade orang lain yang boleh bertoleransi dengan perangai die. pun begitu, manusia ni sentiasa berubah. kadang tak sedar pun berubah, mungkin lebih pada mengikut perbuatan die pastu lame2 jadi habit sendiri. 

berubah bukan atas dasar untuk dikagumi.
berubah bukan atas dasar disuruh lalu kite lakukan demi menjaga hati.
berubah bukan atas dasar sayang semata.

berubahlah jika perubahan itu terbaek untuk sesuatu perhubungan.
berubahlah jika perubahan itu menjadikan kite lebih baek dari sebelumnye.
berubahlah jika perubahan itu boleh menjadi habit walaupun tanpa die nanti.
berubahlah kerana DIA.

aku pernah dengar ceramah ustaz syamsul amri baru2 ni kat utube. katenye, ubah la diri untuk ubah orang lain. (malas nak ulas panjang..haha) 

the end.

No comments:

Post a Comment