Friday, 20 December 2013

RAMBUT MAHKOTA WANITA? CUBA

belum stahun pun aku potong rambut tapi dah rase rambut aku makin panjang. nak kate rimas sangat rambut panjang ni tak la jugak. mungkin dari dulu aku tak penah biarkan rambut aku panjang. mungkin rambut aku senang gugur, mungkin rambut aku senang terbentuk bile di ikat, mungkin keywordnye aku malas nak jaga..

aku sebenarnye teringin juga nak berambut panjang. teringin juga nak tgk secantik mane berambut panjang. teringin juga nak tengok seserabut mane rambut tu bile bangun tido. teringin juga nak buat lilit2 sblm pakai tudung (mcm kawan aku yang rambut paras pinggang) teringin juga nak berjam2 kt toilet abiskan shampoo. teringin juga nak buat bermacam2 rupa ikatan.

maka aku cuba untuk tengok setakat mana rambut aku mampu memanjang. teringin juga nak merungut sepanjang mase pasal rambut pulak. asyik cerita pasal jari yang sakit je tak syok jugak kan... ^_^

No comments:

Post a Comment