Monday, 7 May 2012

SAYA BUKAN ANGAU!!

Saya bukan angau!! Saya sekadar menidakkan suatu perasaan. "Sakitkan menidakkan perasaan" itu kate kawan baek saya. Yang slalu kami gunakan tiap masa. Baek die mahupun saya. Kami masing2 berpengalaman menidakkan perasaan. Kenapa? Keadaan bukan seperti yang kita inginkan. Kadang die milik bunga yang laen. Kadang tidak mahu merosakkan nilai persahabatan. Banyak alasan yang kadang tak tercapai dek akal fikiran.

Kalau saya angau, saya akan sentiasa tersenyum, berangan berada di alam fantasi, mencarinya di alam realiti. Tapi saye bukan begitu. Saya hanya menyepi. Kalau boleh saya ingin lari. Tapi tak mampu melangkah pergi.

Kepala saya dibebani kenapa? Kenapa? dan kenapa? Ape yang berlaku, saya sukar tuk ambil tahu. Bukan tidak mahu bertanya secara telus, tapi saya buntu bagaimana mahu mula...

#ya, sye perlukan waktu...


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

  1. "sakitkan menidakkan perasaan kita" hanya mampu tersenyum.

    ReplyDelete