Katak ialah sejenis haiwan amfibia dalam susunan Anura (bermaksud "tidak berekor", dari bahasa Greek: an-, tanpa + oura, ekor), dahulunya digelar Salientia (bahasa Latin saltare, "melompat"). Katak dewasa bercirikan kaki belakang yang panjang, badan yang pendek, jari berselaput, mata jongang (aku tak tahu dalam dunia haiwan jongangnye kat mata) dan ketiadaan ekor. Katak biasanya bertelur di lopak, kolam atau tasik; dan larvanya, iaitu berudu, berinsang dan bertumbuh (haiwan ke tumbuhan ni?) dalam air. Katak dewasa merupakan haiwan maging (aku xtau ape mksudnye) yang gemar memakan haiwan artropod (terutamanya serangga), annelid dan gastropod. Katak paling dikenali dengan bunyi menguaknya yang boleh kedengaran tanpa kira siang atau malam, terutamanya ketika musim mengawan.
permulaan entry yang sangat ilmiah. :p 1st nak gtau, aku xsuke katak. mak geli nok!! seumur idup aku, aku penah berdepan dengan 3jenis katak je, katak minyak, katak pisang n katak puru. orang kate katak pisang paling bahaya. die boleh lompat tinggi, air kencing die kalu kene mata boleh buta, bla bla bla. ada satu hari tu mase aku darjah satu kelas ujung (sbab daftar lambat), ade sekor katak pisang ni melekat kat dinding blkg kelas aku. dan nak dijadikan crite, aku la yang duduk belakang tu. maknenye lagi, aku la yang paling dekat dengan katak tu. terus ilang kekusyukan aku blaja mase tu yang aku pun dah lupe blaja ape. blaja mengeja barangkali. sekejap2 aku pandang katak tu. tkut jugak ttbe katak tu ada atas meja aku ke ape kn. sekurang2nye boleh jugak aku bersedia nak bkak langkah. ckgu aku pun jenis buat xtau je. bukan die xperasan katak tu ada. cube kuarkan ayat "ok, sbab katak tu mengganggu dan ramai yang xkusyuk, jadi hari ni kite balik awal yer sume" sedap juge di halwa tlinga.
mase aku form 5 kelas depan (sebab dah terlebih pandai) ad satu subjek yang aku sukeeeee sangat iaitu BIOLOGI. aku pgl biol je sbab xpenah lagi aku rase xbiol nak jawab soklan2 mengarut die tu. ada satu experimen di mane kami perlu membedah katak. awal2 lagi cikgu da pesan suh cari katak dan bawak ke kelas. so dengan semangatnye aku suruh abang aku carikan katak tuk aku. selaku abang mithali kehendak adiknye itu diikuti juge dngan rancak mulut terkumat kamit membebel. da carik, da letak dalam beg aku pn, pagi esoknye tu, aku nangis2 suh abang aku kuarkan balik. abang aku masih berlembut, katenye "aku da ikat kemas la dalam plastik. xkuarnye bende alah tu" aku nangis lagi kuat!! cam gampang die punye idea. aku geli tahap xleh nak kontrol lagi. bingit gamaknye pepagi dengar sore aku, abang aku pn lepaskan. katak tu dah tentu2 bersyukur die xjadi mangsa korban uji kaji. di kelas biol berkenaan, aku hanya memandang rakan2 berusaha membedah, membogel dan menggodek2 isi2 kandungan si katak yang mati sia2 itu. duduk di sebelah ckgu, sape nak datang kaco ye dak..
dan hari ni, dengan kesejukan ekon plus kesejukan hujan di luar, pundi kencing aku meronta2 mengatakan takungan sudah penuh dan perlu dibuang. memikirkan peratusan mendapat penyakit batu karang akan meningkat dengan menahan kencing, lantas langkah kaki di ambil terus ke tandas. gelap! lalu tangan bersedia memetik suis untuk memudahkan proses pembuangan. alangkah terkejut diriku ini (ayat serupa sial) katak pisang sesedap rase tertepek kt dinding sebelah suis lampu. cekalkan jugak la hati melunaskan ape yang terbengkalai... dahtu ko ingat aku nak tutup balik la lampunye? haram aku biar je lampu terpasang. kampeni da kaye, bazir sikit2 pedehal :D
No comments:
Post a Comment